Wednesday 23 February 2011

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan!

Assalamualaikum... Alhamdulillah, syukur diucapkan keatas nikmat dan dengan
izin-NYa, blog ini dapat disiapakan dan diucapkan Selamat datang 
ke blog Surau Raudatul Ilmi, Taman Desaminium Rimba. Blog ini baru 
dilancarkan pada awal bulan Mac 2011 bersamaan pada  28 Rabiul 
Awal 1432 H. Blog ini diwujudkan adalah untuk menyediakan sebuah platform,
komunikasi antara Surau dan kariah Islam, Taman Desaminium Rimba.

Segala data mengenai Ajk Surau, data pendaftaran ahli kariah, no. akaun
surau(bagi mereka yang berhajat untuk menderma), emel, program dan aktiviti-
aktiviti surau akan di'update' pada blog ini. Selain daripada itu, blog ini akan
dijadikan informasi mengenai kedudukan surau, tazkirah serta petikan daripada 
program majlis ilmu. Kami menjemput pada semua kariah agar sentiasa berinteraksi 
dan beramah mesra melalui blog ini. Segala cadangan yang membina 
boleh dibuat melalui alamat emel dan ruangan komen. 

Blog ini akan dikemas kini dari masa ke semasa. Akhir kata, jadikan imarahkanlah
Surau dan jadikan blog ini sebagai  tempat mengeratkan silaturahim sesama kariah
secara maya.

wassalam.